Jumlah Paparan Halaman

26 Oktober 2016

LIKU - LIKU PERJALANAN EXCLUSIVE BREAST PUMP MOM


Beg ini umpama nyawa untuk saya, biarpun rupanya tidak seindah beg yang berjenama dipasaran.

Dikalangan EP mom, beg ini merupakan beg yang paling penting dan berharga. Sebab dengan adanya beg ini, keperluan seorang insan kesayangan yang ditinggalkan dipenuhi. Sekiranya beg atau pun barang dalam tertinggal, memang satu hari tidak tenteram hati mak 😭😭 !




Banyak cerita sepanjang kami bersama (beg). Terlalu banyak perasaan yang terpaksa saya tanggung. Sedih, dikecam, diperli, diketawa, dipulaukan semua itu terpaksa saya telan dengan pahit.

Ingin menjayakan sesuatu tidak semua yang kita akan tempuhi itu berjalan dengan lancar seperti yang kita inginkan.

Pernah sekali hasil susu langsung tidak sporting! Waktu umur Lihan 3 bulan dan saya mulai masuk kerja semula selepas berpantang 2 bulan. Sebulan lihan kais pagi makan pagi kais petang makan petang, hingga satu saat mak mertua sarankan untuk berikan susu formula sahaja untuk menyelesaikan kekurangan susu.

Tertekan sangat waktu tersebut. Tetapi saya sangat bersyukur ada suami yang support perjalanan penyusuan saya. Saya terus belajar dan belajar tentang ilmu penyusuan, berkenalan dengan cikgu susu Zuain Ghani biarpun hanya di facebokk tetapi ilmu yang diberikan sangat bernilai.

Berkenalan dengan mommy Shaklee saya Azreen Ahmed, beliau banyak memberi semangat, kawan2 dalam group PPE 1.0, merekalah tempat saya menangis dan mengadu.

Banyak yang berkata "awak oklah susu banyak" "awak ok lah sebab anak nak menyusu badan" . Cukuplah menghakimi, setiap ibu mempunyai berkat yang berbeza,

Ramai yang tidak mengetahui betapa kuatnya saya berusaha sehingga ke tahap ini (20bulan).

Puting susu terluka, tulang belakang sakit, tidur tak cukup, penat, hati terluka, saya telan saja semua sebab saya tahu apa yang saya pilih untuk lihan.



Tersinggung sedikit pagi ini sebab lama dah pekakkan telinga dan tutup mata, nanti nak telan B complex supaya tak lama2 simpan perasaan tersebut 😂😂. Nak order B complex ambil number ni 017-8173762



Nak beritahu, sebelum nak sindir orang nak kecam orang,
Apa kata kita letakkan diri kita dalam situasi mereka.
Situasi kita semua berbeza. Jalani sahaja situasi kita dengan bersyukur even ada yang ingin menjatuhkan kita.




Kezia Wan
Exclusive Breast Pump mom