Jumlah Paparan Halaman

06 September 2016

Dysphoric Pra-haid

Gambar hiasan

Apa itu sindrom prahaid (PMS)?


Anda mungkin boleh mengagak bila akan datang bulan melalui perubahan-perubahan kecil dari segi fizikal dan emosi yang anda alami. Perubahan-perubahan ini adalah normal. 

Namun dengan PMS, simptom-simptom tersebut jadi lebih sukar untuk ditangani. Istilah PMS meliputi pelbagai simptom-simptom fizikal dan emosi yang negatif yang boleh berlaku pada setiap kitaran sebelum kedatangan haid. 

PMS paling berkemungkinan dialami ketika usia anda di antara lewat 20an dan awal 40an. Kira-kira lima peratus wanita mengalami PMS yang teruk, yang boleh menyukarkan mereka di tempat kerja dan di rumah.

PMS bermula apabila perubahan besar berlaku kepada tahap hormon anda. Jadi PMS mungkin bermula ketika akil baligh, selepas anda melahirkan anak atau apabila anda mula mengambil pil perancang

PMS biasanya berlaku dalam lingkungan keluarga, walaupun simptom-simptom anda mungkin berbeza daripada apa yang dialami oleh ibu atau kakak anda.




Apakah yang menyebabkan PMS?

Penyebab yang tepat bagi PMS tidak diketahui. Apa yang nyata ialah ia berkait dengan kitaran haid. Ini bermakna bahawa kemungkinan besar hormon adalah sebahagian daripada penyebabnya. 

Mungkin juga badan dan otak anda menjadi terlalu sensitif terhadap tahap normal hormon progesteron dan estradiol (sejenis hormon estrogen). Mungkin juga terdapat kaitan dengan bahan kimia (neurotransmitter) dalam badan yang membantu mengawal mood, keletihan dan corak tidur.

Anda lebih berkemungkinan mengalami PMS jika bacaan BMI anda tinggi dan tidak biasa bersenam. Jika anda menggunakan kaedah kontrasepsi jenis hormon, anda kurang berkemungkinan mengalami PMS. Pemakanan yang sihat boleh membantu melegakan simptom-simptom PMS, dan ini juga adalah tabiat yang baik untuk diamalkan jika anda sedang mencuba untuk hamil.




Apakah simptom-simptom PMS?

Banyak simptom-simptom telah dikaitkan dengan PMS, dan ini membuatkan sukar bagi kita membezakannya dengan masalah-masalah lain, seperti: 

  • sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome - IBS) 
  • senggugut 
  • endometriosis
Simptom-simptom PMS boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan: psikologi, fizikal dan kelakukan.

Psikologi:
  • ketidakstabilan mood 
  • keresahan
  • rasa sedih, emosi tidak terkawal
  • ketakutankemurunganlupa-lupa dan kurang penumpuan
  • rasa jengkel atau marah
  • perubahan corak tidur, nafsu seks dan selera makan
Fizikal:
  • sakit kepala
  • penahanan cecair dan rasa kembung
  • peningkatan berat badan
  • payu dara sensitif
  • sakit dan ketidakselesaan pada abdomen
  • cirit-biritsakit belakang dan sendi-sendi
  • loya-loya
  • jerawat
  • penyakit yang berlanjutan seperti epilepsi (sawan), asma dan migrain mungkin bertambah teruk
Kelakuan:
  • kesedaran ruang yang tidak baik
  • tidak dapat berfikir dengan jelas
  • tingkah laku agresif
  • kemalangan meningkat

Simptom-simptom PMS biasanya bermula sekitar waktu selepas ovulasi, apabila tahap hormon progesteron meningkat. Sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang dua minggu sebelum haid mereka bermula. Sesetengah yang lain hanya mengealaminya dalam beberapa hari yang terakhir sebelum haid. Ramai wanita mendaati bahawa simptom-simptom PMS jadi semakin teruk apabila permulaan haid semakin hampir. 

Adalah perkara biasa bagi simptom-simptom PMS beransur hilang apabila haid anda bermula. TEtapi sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang tempoh haid mereka. PMS tidak semestinya berlaku setiap bulan. Anda juga boleh jadi bebas daripadanya untuk satu atau beberapa bulan, tetapi ia kembali semula selepas itu.

Anda mungkin dapat menangani simptom-simptom PMS tanpa mengganggu perjalanan aktiviti seharian anda. Tetapi kira-kira satu dalam 10 wanita dengan PMS terpaksa mengambil cuti kerana simptom yang teruk.

Bagi sesetengah wanita, simptom-simptom PMS yang dialami sangat serius sehingga menjejaskan kehidupan di rumah dan di tempat kerja. Jika ini berlaku kepada anda, jumpalah doktor. Mood yang berubah ini boleh membuatkan hubungan dengan rakan sekerja, suami dan anak-anak menjadi sukar.

Paling teruk sekali, PMS boleh membuat seseorang wanita itu rasa ingin membunuh diri. PMS jenis ini, iaitu di mana simptom-simptomnya sangat teruk dan kebanyakannya adalah dari segi emosi dan kelakuan, kadang kala dipanggil kecelaruan disforik prahaid (premenstrual dysphoric disorder - PMDD).



Bagaimanakah PMS didiagnos?

Doktor anda mungkin akan meminta anda supaya merekodkan simptom-simptom yang anda alami selama dua atau tiga bulan. Beliau akan memberikan satu carta harian untuk merekodkan:
  • mood anda berubah
  • perubahan selera makan
  • sama ada anda mengalami simptom yang melibatkan perut atau payu dara
  • sama ada keluar sebarang lelehan faraj
  • kesan PMS kepada hidup anda.


Carta ini akan menunjukkan kepada anda dan doktor corak simptom-simptom anda serta bagaimana dan bilakah anda paling terkesan olehnya.


Bagaimanakah saya boleh menangani PMS?

Kenal pasti bagaimana PMS menjejaskan anda dan keluarga, rakan sekerja serta kawan-kawan. Gunakan diari PMS anda untuk mengenal pasti setiap simptom dan bilakah ia bermula. Anda mungkin rasa PMS anda lebih terkawal jika anda boleh menjangka bila simptom-simptomnya mungkin akan bermula.

Apabila anda lebih memahami PMS anda, beritahulah orang yang terdekat dengan anda supaya mereka boleh faham kesannya terhadap diri anda.

Anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup yang akan memperbaiki kesihatan anda secara amnya dan mungkin membantu dalam menangani PMS. Ini termasuk:



  • Makan makanan yang seimbang yang kaya dengan karbohidrat kompleks dalam kuantiti kecil tetapi kerap setiap dua hingga tiga jam. Karbohidrat kompleks termasuk pisang, roti bijian penuh, kentang dan sayur-sayuran jenis akar yang lain, nasi beras perang serta pasta daripada bijian penuh.
  • Kerap bersenam. Sasarkan tiga hingga lima sesi senaman seminggu selama 30 minit setiap sesi. Berenang, berbasikal atau berjalan laju adalah bagus.
  • Jika anda merokok, berhenti merokok.Kurangkan atau berhenti meminum minuman keras.
  • Pastikan tabiat tidur anda adalah tetap.
  • Mengurangkan stres. Yoga, pilates dan senaman regangan lain serta senaman pernafasan dapat membantu. Senaman sememangnya bagus kerana ia boleh memperbaiki mood anda.


Ada tip-tip lain yang boleh membantu, walaupun bukti-buktinya kurang kuat:
  • Mengurangkan pengambilan makanan masin jika rasa kembung ialah masalah utama anda.
  • Minum banyak air untuk membantu mengelakkan sakit kepala dan keletihan.
  • Memakan makanan yang kaya dengan kalsium seperti keju, susu atau soya yang diperkaya dapat mengurangkan simptom-simptom yang bersifat fizikal dan psikologi.
  • Memakan makanan yang kaya dengan vitamin B6 (piridoksin), seperti pisang, kentang, kacang pis dan ayam.

Adakah sebarang rawatan untuk PMS?

Rawatan menggunakan ubat-ubatan memang ada, tetapi jika anda sedang mencuba untuk hamil, sesetengah ubat tidak sesuai. Contohnya, salah satu kaedah rawatan ialah menggunakan gabungan pil kontraseptif oral. 

Ubat-ubatan tanpa preskripsi seperti paracetamol, ataupun ubat anti keradangan tanpa steroid (NSAID) seperti ibuprofen, dapat membantu mengurangkan lenguh-lenguh dan kesakitan. Namun ingatlah bahawa NSAID tidak sesuai diambil semasa hamil. Oleh itu jika anda sedang mencuba untuk hamil, lebih baik elakkan daripada mengambilnya, sebagai langkah berjaga-jaga.

Serotonin ialah bahan kimia dalam otak yang membantu mengawal perubahan mood dan rasa cemas. Kesensitifan yang melampau terhadap progesteron yang meningkat sejurus sebelum kedatangan haid boleh menyebabkan tahap serotonin menurun. Ada teori yang menyatakan bahawa triptofan, iaitu sejenis asid amino yang penting, boleh meningkatkan tahap serotonin dalam otak anda. Triptofan boleh didapati secara semula jadi dalam banyak jenis makanan termasuk kekacang dan biji benih yang biasanya diambil sebagai snek. 

Terapi percakapan seperti terapi tingkah laku cognitif (CBT) boleh menangani isu kemurungan dan keresahan. Mintalah doktor anda untuk memberi rujukan.



Wanita dapat memperbaiki kehidupannya & jika berpandangan positif & mengamalkan
penjagaan kesihatan serta kebersihan yang betul ketika haid


Bagaimana Supplement Shaklee dapat membantu?


  1. Kalsium & magnesiumPenyelidikan menunjukkan wanita yang menghidapi PMS menpubyai paras kalsium yang lebih rendah berbanding wanita yang tidak menghidap PMS ketika waktu subur dalam kitar haid mereka.  
    Didapati pengambilan dan kandungan magnesium yang cukup dalam badan bersamaan dengan 50mg vitamin B6 yang mampu mengurangkan gejala PMS sperti keresahan.

    Di Sahklee, untuk keperluan nutrisi kalsium dan magnesium yang mencukupi, anda disarankan mengambil Ostematrik Shaklee yang terdiri daripada kalsium, magnesium dan manganese.
  2. B – ComplexVitamin B-complex khususnya vitamin B5 (asid panthothenik), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

    Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan kelenjar adrenal. Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.

    Vitamin B6 juga meringankan symptom-symptom fizikal dan mental termasuk kembung perut,
      pening, kerimasan dan perasaan marah=marah. Vitamin B12 membantu meringankan tekanan, menghindari anemia dan ianya diperlukan intuk semua fungsi badan.
  3. GLA ComplexPati biji borage, iaitu tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
    Wanita yang menghidapi senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugt.

    Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makan makanan manis.

Testimoni dari pengguna Set PMS Shaklee



FACEBOOK: KEZIA WAN
SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: IBELIEVE1902@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762

Sumber: Babycentre.com & utusan online

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***