Jumlah Paparan Halaman

16 Ogos 2016

Apa itu praeklampsia?

Tahun lepas (2015) sewaktu usia kandungan 38 minggu, saya disyaki menghidap Praeklamsia. Sebab utama saya disyaki adalah kerana 

  1. Sakit kepala dan penglihatan kabur
  2. Muntah

Saya biasanya checkup di klinik swasta ibu dan anak . So on 17 Feb, Doc mengeluarkan surat bertulis supaya kes saya di refer di hospital kerajaan memandangkan tahun baru cina akan menjelang dan klinik tersebut akan tutup. 2 hari kena pantau dan hari ke-2 kita pening teruk sampai muntah so doctor pakar decide untuk tahan kita di bilik khas untuk Praeklamsia.


Start sana saya disuruh kencing dari tube, diberikan magnesium sulfat dan harus di pantau 6jam sekali. Ya Tuhan, sakit hanya Tuhan dan saya yang tahu. 3 kali induce tetapi bukaan cm langsung tidak berjalan. So doctor sarankan c-sestion sahaja jalan terbaik untuk menyelamatkan baby. So on 19 feb jam 9pm keluar lah lihan dan saya secara rasminya menjadi seorang mommy! Yeayyy

Inilah Kirschen Lihan Kesayangan saya. Dah bujang dah

Jom kita kenal Praeklamsia

Praeklampsia ada disaat  kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua atau ketiga kehamilan. Ciri-ciri yang boleh dikesan sekiranya menghidapi Praeklamsia;

  1. tekanan darah yang tinggi,
  2.  bengkak yang berlaku secara tiba-tiba  
  3. kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh
  4. protein dalam air kencing. 
Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan

Sumber http://www.babycenter.com.my/a1037906/praeklampsia





Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan. 

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya. 
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
  • berumur 40 tahun atau lebih
  • tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
  • ·         mengandung kembar or berganda;
  • mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
  • telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.

Bagimana saya boleh mencegahnya?

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia. 

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini. 





Ostematrik - Calcium all in one

Dengan shaklee saya sarankan kita ambil Set Post/pre Natal Shaklee



Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya?


Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda. 

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda. 

Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. 

Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean. 

Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih.







Apakah petanda amaran bagi praeklampsia?

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut: 

  • muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba;
  • sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur;
  • sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda;
  • muntah


    Jika anda mempunyai tanda-tanda yang mensyaki anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera. 


    Shaklee ID: 1197756
    Emel: ibelieve1902@gmail.com
    Contact No: 017 817 3762



***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***