Jumlah Paparan Halaman

27 Ogos 2015

Tips Penting Penjagaan Luka Selepas Pembedahan


Penjagaan luka selepas pembedahan adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Luka selepas pembedahan yang saya maksudkan termasuklah pembedahan untuk melahirkan, pembedahan membuang apendiks dan lain-lain. Sebabnya kalau luka tersebut tidak dijaga rapi ia mungkin akan dijangkiti oleh kuman.

Luka yang dijangkiti kuman akan lebih lambat untuk sembuh dan mungkin akan mendatangkan kesakitan yang lebih teruk. Selain itu, jahitan dibahagian pembedahan juga lebih berisiko untuk terbuka kalau anda tidak berhati-hati.


Kali ni saya nak kongsikan tentang tips penting untuk memastikan luka selepas pembedahan sembuh dengan cepat.




Tips Penting Penjagaan  Luka Selepas Pembedahan

1. Bergerak seawal yang mungkin
Walaupun selepas pembedahan anda akan merasa lemah dan amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. So, bagi yang bersalin pembedahan jangan terkejut kalau anda disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda bersalin. Minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda bergerak.


2. Minum banyak air
Selepas pembedahan anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin badan anda. Kalau anda kurang minum air takut2 nanti anda mungkin mendapat sembelit. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh anda.


3. Jangan ambil ubat lain
Pengambilan apa-apa ubat-ubatan selain daripada yang disarankan oleh doktor perlu dielakkan kerana takut2 nanti ia boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh anda.


4. Ambil Supplement
Pengambilan supplement sepertimultivitamin dan zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan agar menambah supplement Zink kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.


5. Pastikan luka kering dan bersih
Lap kering luka anda setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui luka yang digaru.

6. Hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan
Lazimnya anda yang menjalani pembedahan akan merasa sakit jika perlu naik tangga atau pun membongkok. Sebab itu jika perlu juga naik lah denga perlahan- lahan dan sangat digalakkan berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut kemampuan anda. Jangan paksa diri anda ye..):


7. Minta bantuan ahli keluarga
Minta bantuan ahli keluarga untuk memudahkan pergerakkan anda. Ini adalah untuk kebaikan anda sekiranya ingin cepat sembuh.


Sekian dulu perkongsian saya untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk anda.

Perlukan supplement untuk cepatkan penyembuhan luka anda?

Saya ada set cadangan untuk anda.



<3Facebook: Kezia wan
Shaklee ID: 1197756
Emel: ibelieve1902@gmail.com

Contact No: 017 817 3762


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***