Jumlah Paparan Halaman

27 Ogos 2015

Apa itu apendiks?

Salam sejahtera Borneo & Penisular

Hari ini terdetik nak cerita pasal apendiks lepas bercerita dengan Miller & Atkinson tentang penyakit di pantry waktu breakfast tadi. Huhu tiba-tiba buka topic.

Terimbau kembali masa kena apendiks semasa tahun 2014 bulan 1 tanggal 14 . Tersemat di ingatan sangat kenangan itu sebab first time kena “BEDAH” . Sudah setahun berlalu …

Kita tidak tahu bila sakit datang menyerang, ianya seperti BOM JANGKA yang bila-bila masa saja akan meletup .  Sebab itulah sekarang saya amat memastikan saya menjaga kesihatan & cara hidup yang sihat biarpun saya tidak bersukan. Tetapi saya ada Shaklee yang memberi saya nutrisi yang penting untuk tubuh badan saya dan bayi saya yang masih fully breastfeed lagi. Thanks to GOD sebab saya kenal Mak Shaklee saya ( Azreen Ahmed )


Bagi baru kena bedah, Saya ada Tips Penting Penjagaan Luka Selepas Pembedahan      ( Happy reading )


Di Entri kali ini saya nak berkongsi tentang apa itu apendiks?


Apa itu Apendiks? 
Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Apendiks juga sering dirujuk kepada keradangan atau jangkitan  yang berlaku di bahagian tersebut (Apendisitis). Apendiks terletak di bahagian bawah adomen sebelah kanan. 


Bagaimana apendiks berlaku? 
Tiada sebarang penjelasan yang tepat kenapa penyakit apendik berlaku. Kadangkala ianya disebabkan halangan yang berlaku apabila terdapat sisa makanan atau ketulan najis keras yang terperangkap di dalam saluran apendiks. Apendisitis juga mungkin terjadi akibat jangkitan seperti jangkitan virus di dalam usus atau ia mungkin terjadi akibat inflamasi yang lain. Dalam kedua-dua konteks, bakteria akan merebak dengan cepat, menyebabkan apendiks itu membengkak dan dipenuhi nanah. Jika tidak dirawat dengan segera, apendiks anda mungkin akan pecah. 

Simptom Apendiks? 

  • Kesakitan pada bahagian sebelah kanan bawah pusat
  • Rasa memulas
  • Loya dan muntah-muntah.
  • Perut rasa tidak selesa selepas makan dan boleh berlarutan hingga berhari-hari.

Rawatan Apendiks

Pembedahan adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik
. Terdapat dua jenis pembedahan yang biasa dilakukan iaitu pembedahan cara biasa dimana torehan akan dibuat di bahagian kanan abdomen atau pembedahan Laparoscopic iaitu tiga lubang kecil di bahagian atas, kiri dan kanan abdomen. Bezanya adalah pembedahan Laparoscopic tidak meninggalkan kesan parut akibat pembedahan dan proses penyembuhan adalah lebih cepat berbanding dengan pembedahan biasa yang melibatkan torehan besar.

Bagaimana vitamin shaklee dapat membantu?
  • Herb lax - Untuk membersihkan usus
  • Vita-C Plus - Untuk meningkatkan imunisasi
  • Zinc Complex - Untuk mengeringkan luka dalaman selepas pembedahan
  • Ostematrik - Untuk mengelakkan kekejangan








<3Facebook: Kezia wan
Shaklee ID: 1197756
Emel: ibelieve1902@gmail.com

Contact No: 017 817 3762



***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***