How to order

on
24 September 2018
Hai terima kasih kerana berminat
Untuk order klik di sini 📲 www.wasap.my/60178173762/Nakorder atau kalau tiada whatsapp boleh SMS ke 0178173762 details seperti berikut:


  • Nama
  • Alamat
  • Nama Produk dan bilangannya
Saya akan reply dengan memberi no akaun beserta bayaran yang perlu dibuat.

Setelah membuat pembayaran, sila whatsapp/mms pic slip bank atau bukti transaksi onlie. Untuk Transaksi online, sila masukkan email : ibelieve1902@gmail.com di bahagian notification. Kami tidak menerima reference numbur.

Penghantaran adalah melali GDEX. Pengeposan dilakukan ke seluruh semenanjung malaysisa, sabah, sarawak dan luar negara. COD (Cash On Delivery) hanya di sekitar kawasan MIRI sahaja.

Ataupun sekiranya ingin membuat pembelian sendiri melalui online boleh klik "tekan disini" pada gambar Esell di bawah

Tekan Disini


Terima kasih!

Kezia wan
Pengedar sah Shaklee anda

Promotion Shaklee

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Tentang Saya

Shalom dan salam Sejahtera,

Hye, especially yang baru start baca blog ni. Boleh berkenalan dengan saya dulu sebelum baca blog ni. Hihi. Boleh panggil saya Kez. I'm a blogger since 2015. Hampir 4 tahun. Asalnya blog ini untuk mengabdikan kenangan sepanjang hidup. Hihi. Since dah terjebak dengan Shaklee. So saya guna pakai je blog ni untuk sharing apa yang baik untuk saya. Kenapa nama blog lain dari nama saya. Kirschen tu nama anak sulung saya. Memang kebiasaan ibu-ibu bila nak berblog, opkos diorang akan guna nama anak sulung sebab anak sulung buah hati pertama. Eh eh. ke saya saja yang buat macam tu .

Saya berumur tett . Hahah. Kira lah sendiri. Saya lahir tahun 1990. Status sudah bersuami dan anak 2 orang, dua dua lelaki. Kehidupan seharian saya dikeliling lelaki je. Haha. Sekarang saya WAHM. Resign dari Engineering dratfer since 08/05/2018. Bahagianya hati selepas melepaskan beban.
Rupanya hati saya tiada langsung untuk kerja hakiki so saya mencari sesuatu yang dekat di hati supya dekat dengan anak-anak setiap masa biarpun kadang kadang keadaan boleh berubah menjadi haru biru.

Maklumlah anak anak sedang membesar dan banyak ragam. Sekarang setiap kali orang tengok kita, pasti ingat shaklee saja.

Ini lah buah hati yang selalu bersama setiap duka lara gembira bahgia sehingga ke hujung nyawa


So, nahhhhh, ni lah hidup saya.Yang mana prinsip saya daripada dulu lagi saya pegang sejak zaman sekolah "kawan yang paling rapat dan boleh dipercayai dalam hidup kita ialah suami dan anak-anak kita je in future". Tu lah prinsip saya. Keluarga segala-galanya. Saya hanya ada mereka dan Tuhan dalam Hidup.

Last but not least, enjoy your reading! saya harap blog saya banyak bagi tips dekat pembaca.

Salam Perkenalan
kezia wan
Mak anak dua yang senantiasa muda

Pengedar Shaklee di MIri sarawak Yang Aktif Dan Boleh COD Shaklee

on
19 September 2018
Hai salam sejahtera.
Anda mencari Pengedar Shaklee di Miri yang boleh membuat COD (Cash On Delivery) Shaklee dengan segera? Kini pilihan anda amat tepat sekali, anda boleh terus menghubungi saya untuk dapatkan barang yang anda kehendaki.
Anda boleh hubungi saya Kezia  (Call/SMS/WhatsApp) terlebih dahulu untuk pastikan barangan yang anda kehendaki ada dalam simpanan saya. Lepas tu kita akan set appointment untuk berjumpa dan membuat penghantaran terus secara COD.
Lebih senang kan?

Kalau Nak Jadi Ahli Shaklee Macam Mana?

Bolehkah jadi ahli? Ehh, kenapa pula tak boleh?
Kalau jadi ahli, lebih jimat tau. Terus boleh dapat harga ahli.
Jika anda nak daftar untuk menjadi Ahli Shaklee. Anda boleh hubungi saya untuk penaja dan dapatkan konsultansi yang berterusan.

Susah ke senang nak daftar ni?

Senang sahaja. Anda hanya perlu mengisi borang keahlian Shaklee di mana2 branch Shaklee atau anda boleh terus hubungi saya untuk proses pendaftaran secara online.

Kenapa Saya Perlu Menjadi Penaja Anda?

Setiap orang yang berdaftar perlu ada penaja bagi memudahkan segala urusan berkaitan dengan Shaklee seprti :
  • Pembelian barang
  • Konsultasi yang berterusan
  • Memberi bimbingan sekiranya ingin buat bisnes
  • Memberi info2 atau promo terkini (Shaklee akan buat promo setiap bulan)
  • Dan lain-lain

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Jom sertai kami bersama Shaklee. Anda boleh menjadi salah seorang “cawangan” atau “stokis” Shaklee di tempat anda.
Jika anda ada sebarang pertanyaan. Call / SMS / WhatsApp sahaja saya.
Pengedar Shaklee di Miri
Nama : Kezia
NoHP : 017.817.3762
COD Shaklee di Miri

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Pengalaman saya rahim koyak

Coretan kali ini mengenai kenangan bersalin Hades Lael secara normal 10 bulan yang lepas dengan komplikas rahim koyak. Hanya sekadar menulis di blog  untuk menyimpan kenangan yang nyaris meragut nyawa saya. Ianya juga sebagai peringatan buat diri sendiri bahawa akan tiba saatnya juga nanti saya akan kembali juga ke rumah Bapa.

Mulanya ingin menulis sewaktu habis berpantang, Maklumlah bila ada anak kecil semua kerja jadi terbengkalai bila mereka inginkan perhatian. 10 bulan sudah memendam niat ingin menulis.

Bahagian 1: Detik nyawa 50-50

"Puan, perut puan penuh dengan darah dan perlu di bedah  sekarang juga untuk membuang darah" kata doktor pakar OG usai scan perut.

Ya Tuhan, Belum sampai sejam keluar dari bilik pembedahan, kena masuk lagi.

Riuh ward ibu dan anak sewaktu itu untuk menguruskan saya ke bilik pembedahan.

Saya sudah tidak hiraukan darah dalam perut sebab kesakitan saraf bahu saya lagi sakit waktu itu.

"Misi tolong, bahu saya sakit sangat"

"Puan, tolong bagi kerjasama, nyawa puan lagi penting"

"Sabar ya dik, kami akan tolong tapi sekarang darah dalam perut adik kena dibuang terlebih dahulu" Kata Doktor

Kesakitan yang tidak tertanggung, keseorangan tanpa keluarga membuat saya lagi sedih (waktu itu keluarga sedang bersiap ke hospital tanpa menyedari apa yang terjadi) mujur Tuhan ada dan senantiasa ada untuk saya.

Sampai di bilik pembedahan, staff dibilik pembedahan tersenyum memberikan semangat dan saya sempat berjenaka menyenagkan hati sebab saya amat takut dengan suasana dibilik pembedahan.

"kita jumpa lagi," kata saya dengan linangan air mata sambil teresnyum

"Sabar",sambil menepuk tangan memberi kekuatan

Semuanya gelap selama 3jam, bangun nampak seorang staff setia berdiri ditepi memberi senyuman dan memberi penerangan tentang pembedahan yang telah selesai.

"Puan tahu rahim puan koyak dan darah penuh dalam perut puan dan kami telah buang darah sebanyak 2L dan telah menjahit semula rahim puan."

"Bersyukur sebab puan diberi kesempatan bernyawa sebab situasi tadi 50-50"

Tak larat nak mengeluh waktu ini sebab tekak terlalu kering merindukan air. Diri dibawah ke Bilik bersalin semula dan ditempatkan di bilik khas supaya senang monitor 24 jam oleh doktor dan jururawat. 2 hari badan bergantung dengan oksigen, kencing dari tiub, peket untuk drip keluar darah masih bergantung.


Bahagian 2: Cerita berpantang

6 hari di ward, doktor benarkan saya dan lael pulang, gembira sangat saat berpantang di rumah. Sepanjang berpantang, saya mengambil set bersalin Shaklee dan Vivix.

Keluar dari bilik pembedahan, saya terus minum vivix walaupan waktu itu hanya mampu membuka mulut sahaja. Suami tolong suapkan. Hari kedua saya sudah mempunyai kekuatan untuk berdiri walaupun peket untuk air kencing dan darah masih bergantungan yang menyukarkan pergerakan tetapi pertolongan dari jururawat amat saya hargai.

2.1 Keluar masuk ward selama sebulan

Berpantang anak ke dua memang mencabar emosi sangat. Disebabkan emosi tergangu, saya dimasukan semula ke ward sebab kencing kotor. Untuk pengetahuan semua, sangat penting waktu berpantang emosi harus stabil supaya mengelakan benda yang tidak diingin terjadi.

Sepanjang 4 hari di ward, saya dibenarkan pulang. Doktor mengambil sampel air kencing dan tidak mendapati sebarang masalah terhadap buah pinggang saya cuma terdapat sedikit kuman dari najis di saluran air kencing.

Selepas seminggu dikeluarkan, saya diarah masuk semula di ward kerana luka saya ada infection dan saya harus ambil antibiotik di hospital. Saya terpaksa membawa lael bersama bermalam di ward sepanjang seminggu sebab Lael menyusu badan.

Waktu ini saya menangis lagi, Apa lagi Tuhan. Saya mengeluh.

Saat dimasukan kali ke 2, Luka saya dibuka semula tanpa bius, saya hanya mampu menutup mata menahan kesakitan. Bergetar badan dan mengalir air mata tatkala melihat isi kulit di perut. Sepanjang seminggu luka saya terbuka dan harus di cuci setiap hari sebanyak 2 kali. Waktu ini saya tidak pernah tinggalkan Vivix dan set bersalin shaklee yang lain.

Masuk hari ke-6 on antibiotik, keesokan harinya saya diusung lagi ke bilik pembedahan untuk menjahit semula luka saya. Semoga ini adalah yang terakhir saya masuk bilik pembedahan.

2 hari selepas pembedahan saya dibenarkan pulang dan bersambung pantang di rumah bersama Lael. Kesian Lael terpaksa ikut saya keluar masuk ward sebab menyusu badan.

Saya bagi 5 bintang untuk General Hospital Miri (Labour Room & Ward Ibu & Anak) atas layanan dan sokongan moral mereka untuk saya !

Doktor dan jururawat. Terima kasih! Tiada kata-kata yang dapat saya ucapakan melainkan rasa bersyukur yang tidak terhingga atas perkhidmatan kalian.

Sewaktu dalam pantang saya tidak berpantang sepenuh seperti para ibu lain kerana setiap hari saya harus pergi ke GH Miri untuk dressing luka. Luka sepanjang 6cm secara menegak.

Boleh rujuk gambar dibawah.



Image result for jenis luka pembedahan
Gambar 1: Jenis-jenis luka


Fungsi Set berpantang shaklee dan vivix

1 biji vitalea, 1 biji B-complex, 2 biji Vitamin C dan 4 biji Ostematrik .

Vitalea:
1. Membantu ibu bertenaga selepas bersalin
2. Mengandungi Zat besi yang penting untuk mengekalkan HB dalam darah untuk memastikan ibu kekal cergas
3. Menambah kekurangan nutrisi ibu dalam pantang

B-Complex:
1. Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh.
2. Meransang penghasilan Serotonin (Mood Blance)

Vitamin C:
1. Membantu pulih luka dan kulit
2. Membantu menghasilkan kulit cantik berseri
3. Memberikan ketahanan tubuh selepas bersalin

Ostematrik:
1.Membantu memlembutkan najis untuk mengelakkan sembelit
2. Mengurangkan sakit pinggang ibu berpantang
3. Mengurangkan lenguh badan
4. Meransang penghasilan susu

Energizing Soy protien:
1. Memberi tenaga selepas bersalin/ semasa berpantang
2. Membantu memlembapkan dan menghaluskan kulit ibu
3.Memberi kestabilan hormon selepas bersalin
4.Memperbaiki kesan strech mark dan luka pembedahan selepas bersalin

Omega Guard:
1. Membantu mengurangkan masalah lengu sendi selepas bersalin
2. Membantu merendahkan kolestrol jahat
3. Membantu mengurangkan risiko kebas kaki
4. Membantu mencairkan darah beku

Alfalfa Complex:
1. Membantu meningkatkan imunisasi
2. Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.
3. Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.



Vivix:
1. Membantu menyembuhkan Organ peranakan
2. Membantu memulihkan kesihan rahim selepas bersalim
3. Membantu memulihkan luka bersalin samaada luka luaran ataupun dalaman
4. Membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang berpantang
5. Membantu mengelakan stress atau gila meroyan

Gambar 2: Set Sebelum dan Selepas berpantang

Untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee ini, boleh hubungi saya di 0178173762 atau klik sahaja gambar Esell di bawah untuk pembelian terus secara online.


 Set Berpantang Premium Shaklee




Gambar-Gambar


Gambar 3: Warded kali ke-3 untuk on antibiotik selama seminggu 

Gambar 4 : Hades Lael, Melahirkan mu secara normal tetapi dengan komplikasi
yang nyaris meragut nyawa mommy.


Peringatan dari saya:
DILARANG sebarang copy past. Ini adalah cerita peribadi dari kezia wan. Saya berhak untuk report mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab copy cerita ini


Penghargaan untuk pembaca

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya. Tujuan coretan ini adalah untuk kenangan dimasa hadapan supaya saya senantiasa ingat bahawa saya diberi peluang lagi bernafas dan bersama dengan ahli keluarga saya. Segala pujian hanya untuk kemulian Tuhan.

Kezia wan
Pejuang rahim koyak
03 November 2017


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Kedai online Shaklee Miri - 0178173762

on
2 Oktober 2017
Shalom & Selamat Pagi semua sahabat-sahabat positive 😊
.
Kedai Shaklee saya dah buka seperti biasa pagi ni😊 Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan supplement Shaklee beserta consultation/guide boleh wassap  untuk order ya.
.
Sini saya share antara BEST SELLER SHAKLEE yang selalu customer beli:
.
•ESP
•FULLSET SKINCARE
•BASIC SKINCARE
•FULLSET SLIMMING
•SET SEMASA HAMIL TRIMESTER
•SET BERPANTANG
•SET IBU MENYUSU
•SET WEIGHT GAIN
•SET SENDI & TULANG 
•SET RESDUNG
.
💕Ada yang cari supplement untuk kulit cantik dan sihat
💕Ada yang cari supplement untuk tingkatkan kesihatan
💕Ada yang cari supplement untuk tambah keperluan tenaga seharian
💕Ada yang cari supplement untuk ikhtiar hamil
💕Ada juga yang cari supplement untuk merawat masalah-masalah dalaman wanita selepas berkahwin.
.
Nak cuba?
.
Whatsapp 📲 @Keziawan_Shaklee
www.wasap.my/60178173762


No automatic alt text available.

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Pengedar Shaklee Miri

on
21 September 2017



Saya Pengedar Sah Shaklee anda.

Kawasan: Miri Sarawak.

Kedai dalam talian saya sentiasa buka kecuali apabila saya sedang tidur atau bekerja.

Jangan ragu untuk bertanya apa-apa soalan mengenai vitamin Shaklee.

Ramai orang berfikir bahawa mereka tidak memerlukan makanan tambahan dalam diet harian mereka.

Zaman datuk nenek kita, mereka tidak mengamalkan vitamin tetapi mereka tetap sihat juga?!

Nahhh

Kita perlu mengambil kira bahawa gaya hidup kita dan mereka berbeza, Zaman berubah! Gaya hidup juga turut berubah.

Malah kualiti udara untuk kita bernafas dan makanan yang kita makan tidak "sihat" seperti beberapa dekad yang lalu.

Jadi, itulah sebabnya penting untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil pemakan tambahan untuk kesihatan tubuh badan kita

Oleh itu kita kena bijak dalam memilih pemakan tambahan untuk tubuh kita. Saya pilih Shaklee.

Sharing is caring!

Ingin mengetahui lebih lanjut boleh saja hubungi saya
⤵⤵⤵⤵⤵
📞 www.wasap.my/60178173762